Isnin, 16 November 2020

Pengenalan Kepada Virtual Science Week 2020

Virtual Science Week 2020 merupakan sebuah program anjuran panitia sains SK Taman Melawati yang akan dianjurkan pada 7 Disember hingga 11 Disember 2020. 

Program ini diadakan bertujuan untuk mengasah bakat murid-murid SK Taman Melawati khususnya dalam mata pelajaran sains melalui pertandingan-pertandingan yang akan diadakan serta memupuk semangat cinta akan sains walaupun hanya dari segi pembelajaran atas talian. 

Dengan kolaborasi bersama para pelajar tahun tiga bacelor sains biologi sel dan molekul, Universiti Putra Malaysia, tema-tema yang melibatkan dunia sains molekular akan disertakan. 




 MACAM-MACAM PERTANDINGAN AKAN DIADAKAN! Apa tunggu lagi? Marilah sertai pertandingan-pertandingan ini, anda mungkin berpeluang menjadi juara dan membawa pulang hadiah!! Untuk penerangan lanjut serta sebarang soalan boleh sertakan komen di bawah atau di "chatbox" di sebelah kiri blog. Terima Kasih dan #stayhomestaysafe #kitajagakita